Daisypath Anniversary tickers

Friday 21 January 2011

PELITA ILMU (istidraj)

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat.....!!!!!???? Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

(petikan drpd inbox email aku - sumber tdk d ketahui)

Sunday 16 January 2011

SINKI PECAH

8/JAN/2011
Aku baru jer selesai mandi .... lalu turun ke tingkat bawah utk on notebook lenovo kesayangan hasil besday present drpd my wife. Seperti biasa aku akan buka Facebook dahulu utk melihat apa2 crite dr geng2 aku. Sambil itu aku suruh puteri2 mandi ... ehmmmmm liatnye nk suruh mandi bersiram. Akhirnye, slps d pujuk + kene marah skt mrk mengalah tp dgn syarat mandi kt tingkat atas.... ok jawabku ringkas sambil komen FB.


Selang beberapa minit .. tgh aku syok2 melihat blog tiba2 terbunyi satu bende besar jatuh dr tgkt atas. Pa lagi kelam kabut aku naik ke atas. Masa tu dua2 anak aku dh pucat semcm. Grrrrrrrrrrrrrrrr..... marah tul aku tika itu .. mataku menjeling ke arah satu lagi ....argggggg!!!! sinki aku roboh pecah .... camno bole jd aku pon tak tau... tp aku puas lecturer anak2 aku tu siap babap tangan depa... ayah korg klu dh jd green mcm ni laaaa ...

Balik jer my wife drpd deliver cup cakes, aku cer lah sikit hal sinki tu. Wife aku tak marah hanye senyum sinis jer kt anak2 die tu yg nakal manja sikit. Maka, pd ari cuti ini yg sepatutnye ari rehatku.... aku korbankn jiwa & raga utk baiki bilik air umah aku............. TAPI hasilnye agak memuaskn stlh sekian lama aku tdk buat keje kontrak ini...beres dlm 4jam.. he3x... tenkiu wat cikgu zainal yg mengajar aku subjek perusahaan dulu2 time high skool.
Walaupon keje ini selesai... tp menyesal dlm atiku krn memarahi mrk yg tak sengaja melakuknnye.... ialah namanyekn budak2..



Saturday 1 January 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

Apa yg seronoknye tahun baru jika jiwa kite smue msh d takuk lama. Dengki memdengki... ade prasaan iri hati.. hasut menghasut...laser menglaser, pancung rezeki org dll.

D tahun baru ini aku sbg rakyat M'sia berharap sgt kpd para pemimpin kite ini agar dpt mentakbir dgn lebih baik, lebih hebat, lebih ikhlas, amanah dan jujur. Bg seorg rakyat yg kerdil d sisi para pemimpin ini... jauh d sudut hati supaya tahun 2011 ini negara kite dpt membenteras mslh sosial terutama remaja. Problem seperti maksiat,rempit, pelacuran, zina, buang bayi dll.
Bukan nyer apeeeeeeeeeeeee...... agak sayang seribu kali syg jika negara tercinta kite ini bakal d pimpin oleh org2 yg terjerumus dgn xtvt seperti ini. Maka kerajaan d harapkn dpt bertindak pantas dlm permasalhan ini. Jgn malu-malu... jgn segan-segan jika perlu mendapatkn bantuan NGO ataupon para pemimpin drpd pihak pembangkang. Ape la salah nyer jika mslh ini boleh d benteras dgn lbh baik hasil drpd gabungan idea2 para cerdik pandai para2 pemimpin smue.
Bole kan..kan..kan... slmt thn baru & slmt memberi khidmat utk negara ini.
Wassalam & slmt sejahtera ..... adios!!!!!!!!!!!! Aku hanye serangga ..
Buat isteriku noza & anak2 kami smue... agar thn baru famili kite akan mencapai kejayaan yg lebih baik... Insyaallah.